Friday, November 18, 2011

Meh Nak Share Info Tentang SAWAN DEMAM

Salam all..

Seperti yang telah dijanjikan di entri SINI tentang ape yang berlaku kat Sayyid tu, meh semua aku nak share info tentang SAWAN DEMAM ni.

Owh, sebelum tu, ramai gak yang tertanya² kenapa aku pilih Hospital Kuala Pilah dan kenapa bukan Hospital Seremban memandangkan rumah aku letaknye di Seremban?

Okeh! Meh nak stori sikit ;)

Sebabnye, aku rasa Hospital Seremban itu adalah sangat crowded ! 1st time aku pergi ke sana masa melawat opismate bersalin, ya ampun, nak carik paling pun lebih kurang nak setengah jam. Keadaan dalam wad pun agak memeningkan kerana raaamai sangat patient dan orang ramai. Erm... senang cerita, mungkin bagi aku berserabut kot.

Lagipun, time Sayyid dah terima rawatan di Klinik Swasta tu, keadaannye agak better sikit. So, tu yg kiteorg pecut terus ke Kuala Pilah.

Kalau di Kuala Pilah, famili pun senang nak datang. Sayyid rapat ngan ayah aku. Atok nak datang menjenguk pun senang. Takdela nanti ayah nak berulang alik dari Kuala Pilah - Seremban kan. Kesian jugak kat ayah. Kalau kat Pilah jugak, Sarah pun leh huhahuha ngan makcik2nye.

Tapi, lainla kalau aku masih tinggal di Putrajaya lagi. Memang aku ke Hospital Putrajaya terusla coz bagi aku, kat sana jugak la yang terbaik kot. Hehe. Ye ! Pengalaman bersalin kedua2 anak dulu sangat fun ! Eceh ! ;)

Okeh ! Mari kite cekidauuttt !
  1. Apa itu 'sawan demam'?
    "Sawan demam" adalah sejenis sawan yang berlaku apabila anak berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun demam panas.

    Apabila anak terkena sawan, anak menjadi tidak sedar, menjadi kejang dan melakukan pergerakan "menarik-narik" pada kaki dan tangannya.

    Ini adalah disebabkan aktiviti elektrik yang tidak normal di otak anak pada ketika itu.

  2. Apa yang patut saya lakukan jika anak terkena "sawan demam"?
    Anda perlu mengiringkan anak dalam keadaan kepala sama rata dengan badannya sebelah kiri. Catitkan masa mulanya sawan demam itu. Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut anak.

    Jangan tampar atau menggoncangkan badan anak pada ketika itu. Jika sawan demam itu tidak berhenti dalam masa 10 minit, bawa anak ke hospital. Sila dail 999 jika anak perlukan ambulans.

  3. Adakah ini "epilepsy (sawan tarik)?"
    Tidak. Epilepsy atau sawan tarik berlaku TANPA demam.

  4. Adakah "sawan demam" ini akan berlarutan menjadi "epilepsy"?
    Jarang sekali. 99 dari 100 orang kanak-kanak yang mengidap sawan demam tidak mendapat sawan lagi apabila mereka mencapai umur persekolahan dan tidak mendapat sawan tanpa demam.

  5. Adakah "sawan demam" ini akan menyebabkan kerosakan otak?
    Tidak, akan tetapi, jika anak mendapat sawan yang berpanjangan (selama setengah jam atau lebih), anak boleh mendapat kerosakan otak yang kekal.

  6. Apa yang menyebabkan "sawan demam"?
    Apa-apa jenis penyakit yang menyebabkan demam tinggi boleh menyebabkan sawan demam, contohnya demam selesema dan jangkitan virus.

  7. Adakah "sawan demam" ini akan berulang?
    3 dari 10 orang kanak-kanak mungkin akan mendapat sawan demam sekali lagi. Risiko untuk sawan demam ini berulang semakin kurang apabila anak mencapai 3 tahun.

  8. Adakah anak berasa sakit atau tidak selesa semasa "sawan demam" itu berlaku?
    Tidak. Anak tidak sedar akan apa yang berlaku.

2 comments:

strawbery said...

hai ekin...harap2 sayyid dah oklah hendaknye...
thanks 4info "SAWAN DEMAM'..almaklumlah anak2 akak masih dibawah umur 6thn..kebarangkalian kene tidak mustahil..tapi mintak dijauhkanlah kan...sekurang2 akak dah th ape perlu buat klo ianya belaku...

-moga tabah hadapi ujian ini-..

strawbery said...

hai ekin...harap2 sayyid dah oklah hendaknye...
thanks 4info "SAWAN DEMAM'..almaklumlah anak2 akak masih dibawah umur 6thn..kebarangkalian kene tidak mustahil..tapi mintak dijauhkanlah kan...sekurang2 akak dah th ape perlu buat klo ianya belaku...

-moga tabah hadapi ujian ini-..