Thursday, November 20, 2014

Bye Bye Cikgu Zainon



Petang balik sekolah semalam berwitir minta ibu buatkan kek untuk cikgu BM dia yang nak pindah ke sekolah lain dah. Nasib lah ibu dia ni macam MasterChef katenye. Jam 3am aku buat kek pastu aku sambung tido dan jam 5.45am aku bangun sambung deco simple2 kek. Tadaaaa !!!

Kesian pulak kalau aku tak tunaikan permintaan dia nak kek untuk cikgu. Dah la rajin belajar. Kang dia bolayan aku pulak naya jek. Alhamdulillah, sepanjang persekolahan Sarah di sesi petang Darjah 1 ni sangat ohsem !! 

Pertengahan tahun aku janji ngan dia, kalaulah dia dapat no 1 hingga 10 dalam kelas, aku hadiahkan dia gi holiday la konon. Dia ni jenis suka tidur hotel. Suka tgk mcm2 jenis bilik n pool. hehe. Tah ape2 tah. Last2 dpt no 7 ! hehe.. So kebetulan kiteorg time tu memang ade family day taska adik Sayyid kat Agrotek Garden Hulu Langat, so memang syukur alhamdulillah la sekali lagi. Save budget ! haha. Kali ni dak2 tengok suasana kg n hutan pulak. Flora fauna sangat ! Kemain gigil dak2 ni mandi pagi, Siap keluar anak ikan lagi dari paip toilet! haha. Request nak bawak balik lg, tp papa tak kasi takut kalau2 ade 'bende' ikut kan?

Exam akhir tahun. Sekali lagi aku berjanji hadiah kali ni kalau dia dapat no 1 hingga 3. Kali ni dia request nak meja solek barbie lak kalau dapat. Tapi at last tak dapat pun no 1 hingga 3 tu, sian die. Frust ! Tapi kemain kau nak frust ye nak, aku tengok die studi untuk akhir tahun ni pun tunggang langgang. Kemain marah betol aku ! Alhamdulillah, masih lagi di top 10 n Sarah dpt no 8, turun 1 anak tangga kali ni tapi peratus naik ! Yaayyy ! Alhamdulilla. Hadiah rajin belajar lain nanti ibu pikirkan ye. Bab2 belajar ni aku suke mengumpan anak2. Biar dorang ni macam ade target kot hehe . 

Esok last sekolah dah, tahun depan darjah 2 dah. 8 tahun. Asal nak masuk tahun baru je mesti aku sebak ! sobsssss

Sebab .... anak mak dah besar dah ! Huwaaaa~ Rindu nye la hai kat Sarah gembol2 dolu2. 


Haiiiyakkkk !!!


 Sijil dan tali pinggang disampaikan oleh YDP Pertubuhan Seni Silat Negeri Sembilan

Alhamdulillah, hampir setahun Sarah menguasai seni silat gayung ni dan malam ni majlis penyampaian upgrade tali pinggang. Kagum pulak aku bila tengok die buat demo silat semalam. Nampak semangat betul. Harap Sarah dapat manfaatkanlah seni silat ni ke arah jalan yang betul. Risau kan skang ni macam2 jadi, aku harap sangat2 dia dapat protect diri die n dapat tolong orang lain jugak suatu hari nanti. In shaa Allah ~

Ibu bangga kat awak sayang ! ;)




Friday, October 17, 2014

Happy Birthday Libra

Happy Birthday Libra !

3 beranak ni berkongsi zodiak yang sama. Ni strategi ibu untuk jimat belanja kasi hadiah. Yes !! Kite kasi hadiah sekaligus share sama2. Nanti tiba masa birthday ibu bulan doblas ni, ibu sensorang jek tak share2 hadiah. hehehe... Ok. Sebabkan Sayyid dah berwitir nak adik lagi, ibu plan kite dapat adik bulan Nov nak? Dekat sket ngan birthday ibu?  ;p
Tahun lepas ibu bawak jalan2 naik cruise je kat Mines. Tahun ni korang2 nak ke mana pulak ek? Langkawi jom !!! (Sebenarnye ibu n papa yang beria nak shopping barang dapor ! hehe). 

Utk anak2 ibu yang ibu sayang, ibu doakan anak2 ibu dipanjangkan umur, sihat2 selalu, dimurahkan rezeki, jadilah anak yang soleh dan solehah, dengar cakap ibu papa, belajar lebih rajin lagi. Ibu doakan yang baik2 aje untuk anak2 ibu sebab ibu terlalu sayangkan Sarah dan Sayyid. 

Untuk suami tercinta, ayg doakan b panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan untuk jadi suami n papa yang gagah untuk ayg n anak2. Love u ! 

















Thursday, October 16, 2014

Dora The Explorer


 Ehem ! Ehem !

Skang kat Seremban dah ade Pandora dah. Yayyy !!! 


Anak dara pun sama nak. Biasalah anak dara nak melaram jugak tapi kite beli murah2 nye je kat shop lot luar tu hehe. Bracelet ngan 3 biji charms dalam RM 22 jek. Jadiklah buat syarat untuk si kakak. ;p


Thursday, October 9, 2014

Main teka-teka katenye

"Ibu, cuba amek gambar Sayyid pastu teka Sayyid nampak ensem pakai spek mana satu?"

Alahaiiiii... ferasantan betul kau si anak. Hehehee...

Wednesday, October 8, 2014

Tiada Tapisan Lagi

Yuhuu...

Geram tgk muka Sarah setiap kali die bercakap. Actually, gigi depan tinggal sebatang je yang tak bercabut lagi tapi gigi baru dah tumbuh kat belakang. So, bile die borak2 nampak macam jong jek hehehe.. geram ibu rasa nak tumbuk gigi yang ada kat depan tu bg patah haha

So, pas Sarah abis sekolah ptg semalam kiteorg pun bawak la die ke klinik gigi. Alhamdulillah,  die ni jenis tak penakut jumpa doktor. Bayangkanlah time doktor ambil sample darah pun die leh pandang lagi camne doktor buat sampai ke ending.  Relax betul kau anak.

Nasib lah ade klinik gigi depan rumah ni rupenye. Dah 4 thn pindah Seremban la ni baru perasan hehe... Sampai tertido2 la die dok tunggu doktor panggil. Lepas Maghrib gak baru masuk. Dapat pulak doktor lelaki yang saaaaaaangatla soft spoken nye. Suke Sarah ;)

Ibu n Sayyid pun join masuk sama tengok. Doktor kate nasib baikla dtg cabut cepat coz nanti gigi baru tumbuh tak selari dgn gigi sebelah. Nanti sebelah dpn sebelah lagi belakang.  Yayy! Kite tgk camne nanti. Arap2 gigi baru ni nanti takde la jarang2 jauh sedepa lagi hehee...

Keluar je dr bilik doktor terus cakap. "A'ahla bu, tak sakit langsung!!!!". See... anak ibu sangat gagah!! Hehehe...

Sudahnye semalam bile bercakap je mcm penuh angin la pulak sebab takde tapisan belah depan lg hahaha....

Thursday, April 17, 2014

Bismillah

Phewwwww ! Bersawang2 dah blog ni rupenye. Kemain banyak nak cerita utk buat kenang2an tapi apakan daya, bz kemain. Hmphhhh ~ kene curik masa camni utk elak blog ni bersawang semula.